comscore
Tumpuan :
Hiburan

Media Prima Audio Rai Pendengar Di Pantai Timur

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Media Prima Audio (MPA) dengan kerjasama Media Prima Omnia meraikan pelanggan dan media di Pantai Timur sempena pelancaran Molek FM, awal tahun ini.

Penganjuran acara ini bertujuan mengeratkan hubungan antara klien dan rakan media di Pantai Timur, selain memperkenalkan tawaran serta perubahan baharu di Hot FM, Buletin FM dan Molek FM.

Malam Gala ini juga dianjurkan dengan kerjasama agensi Rich Colors Advertising (RCA) yang turut dihadiri pihak pengurusan tertinggi Media Prima Berhad (MPB), MPA dan barisan penyampai radio Molek FM serta Hot FM di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

Malam Gala turut dimeriahkan dengan persembahan artis antaranya Datuk Hattan, Iman Troye, Sufian Suhaimi dan Afieq Shazwan.

Turut diumumkan, Hot FM yang bakal menampilkan pelbagai kandungan baharu serta kempen istimewa buat pendengar setia.

Antaranya segmen pagi dan petang serba baharu iaitu Bekpes Hot bersama Johan, Fara Fauzana & AG serta Sembang Squad bersama Fad & Fizi Ali, kempen menarik iaitu Piknik Hot dan Siaran Luar Bekpes Hot.

Tidak ketinggalan, Molek FM akan menampilkan pelbagai kempen menarik untuk pendengar antaranya Jejak Sticker Molek, Mat Molek, Standee Molek dan banyak lagi sepanjang bulan ini hingga Oktober.

Buletin FM pula menampilkan barisan penyampai baharu bersama gabungan sedia ada dalam setiap segmen.

Tidak ketinggalan, Buletin FM menganjurkan siri webinar percuma melalui Usahawan Masterclass Buletin FM sepanjang bulan ini hingga Oktober.

Loading...
Terkini