comscore
Tumpuan :
Hiburan

[VIDEO] Masalah kewangan bukan punca perpisahan – Nora

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish, 42, berharap tidak timbul sebarang teori berhubung perpisahan dengan bekas suami, Nedim Nazri, 41.

Nora dan Nedim bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, kira-kira jam 8.40 malam tadi menyangkal dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan.

Nora dan Nedim sangkal dakwaan masalah kewangan jadi punca perpisahan. – Foto NSTP

“Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana saya sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga.

“Saya sangkal dakwaan masalah kewangan menjadi punca perpisahan.

“Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil,” kata Nora yang hadir dengan berjubah putih.

Menurut Nora lagi, dia dan Nedim sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga, jadi enggan mengulas punca perpisahan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang teori.

“Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya.

“Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik,” katanya.

Malah, Nora dilihat sempat menyambut Hari Bapa bersama Nedim dan anak-anak, baru-baru ini.

“Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.

“Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami.

“Kami hanya ingin membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap anda semua doakan yang terbaik,” katanya lagi.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini