comscore
Tumpuan :
Hiburan

Malam “Nostalgia” Kunto Aji di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Hampir 2,500 penonton memenuhi ruangan pentas Zepp Kuala Lumpur bagi menonton persembahan penyanyi terkenal dari Indonesia, Kunto Aji.

Dibawakan oleh Shiraz Projects di bawah payung “Nusafest Presents”, janji kepada peminat tertunai walaupun nama beliau digugurkan daripada senarai artis di Nusafest yang berlangsung di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur pada 8 dan 9 Julai lalu.

Kunto Aji atau nama sebenarnya, Kunto Aji Wibisono yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia dalam temubual bersama media berkata, konsert pada malam ini merupakan satu rangkaian penutup kepada album kedua beliau “Mantra Mantra” sebelum album ketiga bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Kita bernostalgia sedikit dengan apa yang telah kita lewati,” ujar beliau ketika sesi sidang media sebelum konsert bermula.

Kunto Aji turut meluangkan masa bersama Artis Seni Ilustrasi tempatan, Mohammad Haszmeer Bin Ahmad Kamal, atau lebih dikenali sebagai Mey Kamal kerana mengagumi bakat dan hasil lukisan poster rasmi konsert beliau di Malaysia.

Kunto yang meminta ingin bertemu Artis Seni Ilustrasi tempatan itu untuk mengucapkan terima kasih dan sebagai tanda penghargaan buat Mey Kamal.

“Seperti lagu yang melukiskan hubungan kompleks dengan metropolis ini, lukisan saya menjadi sebuah nyanyian visual, perbualan intim antara saya dan bandar yang memberi saya ruang dan cabaran,” kata Mey Kamal.

Sebanyak 18 lagu dipersembahkan kepada peminat di Malaysia bagi mengubat kerinduan peminat di Malaysia dengan “mantera-mantera” yang luar biasa dan penuh emosi dari Kunto Aji.

Kunto muncul dengan album Generation Y pada 2015 dan Mantra Mantra (2018).

Beliau pernah memenangi anugerah Breakthrough Artist of the Year pada Indonesian Choice Awards 2015 dan Anugerah Album Terbaik serta Artis Solo Pria/Wanita Alternatif Terbaik pada Anugerah Musik Indonesia 2019.

Loading...
Terkini