comscore
Tumpuan :
Hiburan

Maghribi Haramkan Tayangan Filem Arahan Eli King

Maghribi mengharamkan filem British mengenai kisah kehidupan anak perempuan Nabi Muhammad SAW, Saidatina Fatimah Az-Zahra,

Pusat Sinematografi Maghribi (CCM) dalam satu kenyataan berkata, larangan ke atas filem arahan Eli King itu dibuat beberapa jam selepas Majlis Tertinggi Ulama Maghribi dan pihak berkuasa agama tertinggi kerajaan itu, mengutuk filem terbabit.

Menurut kenyataan majlis ulama negara  itu, kandungan filem berkenaan adalah pemalsuan terang-terangan mengenai fakta sejarah Islam.

Filem terbabit turut mendapat bantahan umat Islam di beberapa negara yang mengecam filem itu sebagai menghina agama.


Ia dikeluarkan di Britain pada 3 Jun lalu namun selepas protes daripada umat Islam di luar pawagam, rangkaian pawagam kedua terbesar di dunia, Cineworld, membatalkan semua tayangan.

Mesir, Pakistan, Iran dan Iraq adalah antara negara yang turut mengecam filem itu sebagai menghina agama. 

Loading...
Terkini