comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

‘Live’ TikTok Fattah raih 44 juta ‘likes’, 100,000 tontonan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Fattah Amin terus mencipta fenomena di TikTok apabila sesi siaran langsungnya memperoleh 44 juta ‘likes’ (tanda suka) dan jumlah tontonan lebih 100,000, semalam.

Fattah membuat siaran langsung itu dengan kerjasama satu produk kambing perap dan sepanjang tiga jam bersiaran, dia dan pasukannya berjaya menjual hampir 10,000 set makanan itu.

Dalam video itu, Fattah yang diberi gelaran ‘Duda Hot’ mengucapkan terima kasih kepada penonton yang membuat pembelian dan berdoa agar mereka dimurahkan rezeki.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menonton siaran langsung dan juga mereka yang sudah membuat pembelian.

“Saya doakan agar mereka yang menonton ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kalian. Terima kasih juga kerana sudah menyokong jenama ini,” katanya.

Pada 12 Oktober lalu, Fattah yang pertama kali membuat siaran langsung di TikTok memperoleh 22 juta tanda suka dan ditonton lebih 54,000 pengguna media sosial.

Nama Fattah ‘melambung’ selepas bercerai dengan pelakon, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini