comscore
Tumpuan :
Hiburan

Lisa BLACKPINK papar negara kelahiran dalam ROCKSTAR

Video muzik ROCKSTAR menampilkan kawasan tumpuan pelancong, Chinatown di Bangkok, Thailand – FOTO: Tangkap layar video muzik ROCKSTAR/YouTube LLOUD Official

SEOUL: Bintang K-pop, Lisa yang dikenali menerusi kumpulan BLACKPINK, membuat penampilan solo terbaharu apabila muncul dengan lagu ROCKSTAR, hari ini.

Lisa, 27 tahun, menjadi anggota BLACKPINK pertama yang tampil dengan karya segar, selepas kesemua empat anggota kumpulan itu mengumumkan tidak lagi bernaung di bawah YG Entertainment untuk aktiviti solo.

ROCKSTAR dihasilkan menerusi kerjasama RCA Records dengan agensi pengurusan milik Lisa sendiri, Lloud.

Di bawah kerjasama itu juga, Lisa memiliki hak penuh ke atas semua karyanya.

Penggambaran video muzik ROCKSTAR dibuat di kawasan tumpuan pelancong, Chinatown, di tanah kelahiran penyanyi dan rapper itu di Bangkok, Thailand.

Difahamkan, seluruh jalan dan kedai di kawasan tersebut telah ditutup untuk penggambaran, dengan setiap pengusaha mendapat pampasan berikutan penutupan itu.

Selain muzik baharu dan aktif memenuhi pelbagai undangan acara jenama mewah, Lisa juga disahkan bakal memulakan kerjaya dalam bidang lakonan, menerusi siri TV The White Lotus tahun hadapan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini