comscore
Tumpuan :
Hiburan

Konsert Coldplay mungkin ditambah sehari lagi

KUALA LUMPUR: Bagi peminat-peminat tegar Coldplay, ini mungkin perkhabaran yang anda tungu-tunggu.

Penganjur dikatakan tidak menolak kemungkinan menambah sehari lagi konsert kumpulan rock British itu, ekoran permintaan yang masih tinggi.

Pengarah Urusan Live Nation Malaysia Para Rajagopal berkata terlalu banyak perkara perlu diambil kira bagi menunaikan impian ramai itu.

“Segalanya ada kemungkinan. Perbincangan masih berjalan mengenai banyak perkara. Kami tak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya.

Ia susulan terdapat petisyen dalam talian untuk konsert hari kedua ditambah selepas kumpulan terbabit mengumumkan bakal adakan konsert hari kedua di Koahsiung, Taiwan.

Live Nation Malaysia ialah penganjur konsert Coldplay: Music Of The Spheres di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di sini pada 22 November nanti.

Para juga menyarankan peminat sentiasa melihat pengumuman terbaru di saluran-saluran penganjur.

Menurutnya, lebih 700,000 berusaha membeli tiket pada 17 Mei lalu yang kemudiannya terjual habis dalam tempoh tiga jam sahaja.

“Sangat berbeza dengan pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel. Tekanan menimpa keseluruhan infrastruktur digital cukup berlainan.

“Secara total, saya rasa kami tiada kawalan terhadap siapa berjaya dapat tiket dan pada jam berapa. Kami buka kepada sesiapa saja untuk masuk dalam sistem, tapi semestinya ada had tiket dijual,” katanya.

Loading...
Terkini