comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

KLP48 sedia pikat peminat 

Foto: 48 Entertainment

Oleh: Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: 13 gadis bakal menggegarkan industri muzik antarabangsa menerusi kumpulan pop yang diberi nama KLP48.

Memulakan debut pertama mereka secara rasmi hari ini, KLP48 yang dianggotai oleh 13 remaja mula mengorak langkah dan optimis untuk menempa nama dalam persada dunia hiburan antarabangsa.

Menariknya dalam kalangan 13 anggota kumpulan ini, tujuh daripadanya merupakan remaja kelahiran Malaysia iaitu Amanda, Ann Drea, Khalies, Lucine, Salwa, Tiffany dan Yi Shan.

Ia disusuli anggota lain iaitu Devi (Indonesia) dan Hillary (Hong Kong) serta Yurina, Cocoa, Suzuha, Haruka (Jepun).

Bagi anggotanya, Lucine, impian untuk menganggotai kumpulan muzik pop menjadi impian yang udah lama dinantikannya.

“Sebelum ini saya memang aktif sebagai penari dan cosplayer.

“Apabila saya dikhabarkan mengenai pencarian bintang KLP48  ini saya amat tertarik dengannya dan dari situ  saya tekadkan diri untuk pergi ke uji bakat”, katanya ketika ditemui media pada Sidang Media pengenalanan anggota  KLP48 di sini, hari ini.

Manakala, Cocoa yang juga anggota KLP48 berasal dari Jepun berkata, keterujaan untuk menerokai peluang di peringkat global mendorongnya memilih untuk debut di Kuala Lumpur.

“Mestilah seronok kerana berjaya menganggotai KLP48 kerana apabila saya berada di sini ia akan menjadi pengalaman pertama saya tinggal di luar negara.

“Malah, saya percaya ini akan membuka peluang untuk saya menerokai  pasaran global dan mengenali keunikan budaya Malaysia”, jelasnya.

Nyata, kelahiran KLP48 di dalam industri muzik,  tampak berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Perkara itu diakui sendiri oleh Pengarah 48 Entertainment, Yip Chun Hei yang percaya legasi sama telah diperjuang menerusi  penubuhan kumpulan JKT48 dari Indonesia pada 2011.

Disusuli BNK48 dari Thailand, AKB48 Team TP (Taiwan) dan MNL48 (Filipina), selang tahun kemudian.

“Debut ini antara yang disebut-sebut oleh peminat ’48 members’.

“Tidak salah kalau kita adakan pula KLP48 di Malaysia,” kongsinya.

Sebagai pembuka tirai, Ogos depan KLP48 akan membuat penampilan istimewa bersama rakan idola lain di konsert AKB48: Live In Kl – First Cry.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini