Tumpuan :
Hiburan

Justin Bieber Diserang Sindrom ‘Ramsay Hunt’

Penyanyi terkenal Justin Bieber mengejutkan peminat global apabila mengalami lumpuh separuh wajah akibat sindrom dikenali ‘Ramsay Hunt’.

Perkara itu dikongsikan Bieber menerusi Instagram yang menjelaskan diagnosis yang menyebabkan kelumpuhan pada wajahnya itu.

Berikut masalah tersebut, dia terpaksa menghentikan konsert jelajah Justice World Tour di lokasi pertama di Toronto, Kanada beberapa jam sebelum berlangsung.

“Virus ini menyerang saraf telinga dan muka saya sehingga menyebabkan separuh muka menjadi lumpuh.

“Seperti yang anda lihat, mata ini tidak dapat berkelip. Saya tidak boleh tersenyum dari sisi muka saya yang ini.

“Lubang hidung juga tidak akan bergerak, jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka saya ini.

“Jadi bagi mereka yang kecewa dengan pembatalan persembahan seterusnya, secara fizikal, saya tidak mampu melakukannya,” katanya memohon maaf dalam video tersebut.

Perkongsian Bieber membuatkan ramai peminat, terutama di Malaysia mula berasa bimbang sekiranya konsert di Kuala Lumpur pada Oktober depan turut terjejas.

Terdahulu, tiket konsert Bieber iaitu Justice World Tour yang dijadualkan berlangsung di Stadium Negara pada 22 Oktober depan habis terjual dalam masa tiga jam sahaja.

Konsert itu juga turut menimbulkan pelbagai polemik, bukan sahaja dari harga tiket, malah ilmuan agama menolaknya dan menyifatkan ia merosakkan akidah dan sosial remaja.

Loading...
Terkini