comscore
Tumpuan :
Dunia

Jimin, Jungkook ‘lengkapkan’ kewajiban BTS untuk negara

Jimin dan Jungkook mendaftar di Yeoncheon, ditemani Suga dan J-Hope yang telah menjalani latihan sejak April dan September lalu – Foto: BTS/Twitter

YEONCHEON: Jimin dan Jungkook menjadi anggota terakhir kumpulan BTS yang menyertai latihan ketenteraan wajib di Korea Selatan.

Kedua-dua vokalis itu mendaftar di pusat latihan divisyen kelima di sini, semalam.

Terdahulu, dua lagi anggota BTS, RM dan V mendaftar Pusat Latihan Ketenteraan Korea di Nonsan, kelmarin.

Justeru, kesemua tujuh anggota BTS kini berada di kem ketenteraan dan sah berehat daripada aktiviti seni.

Bagaimanapun, agensi mereka, HYBE memberi jaminan sudah menyediakan pelbagai kandungan untuk peminat kumpulan itu atau lebih popular digelar ARMY.

Kesemua anggota BTS hadir pada hari pendaftaran latihan ketenteraan RM dan V pada Isnin – Foto: BTS/Twitter

Sebelum memasuki kem latihan, Jimin dan Jungkook sempat muncul secara ‘live’ di aplikasi Weverse, untuk mengucapkan selamat tinggal kepada ARMY.

Jimin, 28 tahun berkata, “Saya merasa yakin kerana dapat menyertai latihan ketenteraan bersama Jungkook.”

Jungkook, 26 tahun pula berpesan, “Pastikan anda jaga kesihatan. Saya akan merindui ARMY.”

Dalam pada itu, ARMY juga nampaknya menghormati permintaan BTS dan HYBE supaya tidak hadir ke kawasan luar pusat latihan, bagi memberi ruang dan privasi untuk pelatih dan keluarga yang menghantar mereka.

Ia juga bagi mengelakkan gangguan atau kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Sebaliknya ARMY ‘hadir’ melalui sepanduk, belon dan bas yang tertera wajah anggota BTS beserta ucapan mereka.

Wajah Jimin dan Jungkook terpampang pada bas, belon dan sepanduk yang dihantar ARMY beserta ucapan mereka – Foto: Twitter

Kesemua anggota BTS menjalani latihan ketenteraan wajib di Korea Selatan secara berperingkat, bermula Disember tahun lalu.

BTS dijangka kembali bersatu pada 2025, selepas kesemua mereka menamatkan latihan wajib berkenaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini