comscore
Tumpuan :
Hiburan

Jenazah Suhaimi Saad selamat dikebumikan

 

KOTA TINGGI: Jenazah bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara di sini, jam 9 pagi tadi.

Hadirin yang hadir terdiri daripada ahli keluarga, sahabat seperjuangan termasuk anggota nasyid kumpulan In-Team, Hijjaz, Diwani serta orang kampung turut mengiringi jenazah.

Kelihatan juga menyempurnakan pengebumian arwah ialah anak sulung dan anak keduanya, Ehmad Hadie Elfardie, 15, serta Salman Elkhoyri, 13 dengan bacaan talkin dan tahlil ringkas dipimpin vokalis kumpulan nasyid Diwani, Hasnol Jamal.

Sebelum itu, jenazah suami kepada Nordiana Mohd Naim atau dikenali dengan panggilan Ina Naim disolatkan sekali lagi di rumah keluarga wanita berkenaan di Felcra Sungai Ara.

Semalam, Suhaimi disahkan meninggal dunia jam 7.40 malam, di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Suhaimi dimasukkan ke HSI dan ditidurkan sejak Jumaat lalu berikutan keadaan kesihatannya merosot selepas batuk teruk sejak bulan Ogos lalu serta mengalami cirit-birit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini