comscore
Tumpuan :
Hiburan

[VIDEO] Jenazah Suhaimi dikebumikan di Felda Sungai Ara pagi ini

 

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas vokalis kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad akan dikebumikan di Felda Sungai Ara, Kota Tinggi, pagi ini.

Jenazah dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) dan dibawa pulang ke Felda Sungai Ara, jam 11.15 malam tadi.

Lebih 50 orang ahli keluarga, saudara-mara dan rakan artis berada di hospital bagi memberi penghormatan terakhir.

Isterinya, Nordiana Mohd Naim berkata, allahyarham suaminya menghembuskan nafas terakhir  jam 7.40 malam ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) selepas mengalami komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru.

Katanya, allahyarham suaminya dimasukkan ke hospital sejak enam hari lalu selepas mengalami masalah batuk berlarutan kira-kira empat bulan.

“Arwah dimasukkan ke HSI dah enam hari dah. dia sangat tenang dan dia menghembuskan nafas akhir disisi saya dan anak-anak,” katanya yang ditemui di bilik mayat hospital HSI, malam tadi.

Allahyarham Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Nordiana atau lebih dikenali sebagai Ina Naim pada 12 ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu ehmad hadie elfardie, 15 tahun, sallman elkhoyri, 13 tahun, phyrosh elfadwah, 11 tahun dan nur layla elghufrony, 9 tahun.

Bagi rakan artis, allahyarham disifatkan seorang yang baik dan tidak suka menyusahkan orang lain.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini