Tumpuan :
Hiburan

Intan Najuwa sah isteri Datuk Azraf, hantaran RM222,000

KOTA TINGGI: Pelakon, Intan Najuwa, 26, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Azraf Azman, 39, dalam majlis pernikahan di sebuah resort di Desaru Coast, di sini, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut pada jam 6.45 petang dan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Dalam majlis bertemakan empat unsur alam itu, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000.

Angka 2 menjadi pilihan kerana ia lambang tempoh dua tahun perkenalan pasangan itu.

Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.

Majlis dihadiri kira-kira 150 tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, rakan selebriti dan pihak media.

Dalam majlis pernikahan yang jatuh pada hari kelahirannya, Intan dan suami tampil menawan dalam persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo berwarna putih.

Majlis berlangsung dalam suasana tenang dan romantis berlatar belakangkan pemandangan pantai.

Loading...
Terkini