Tumpuan :
Hiburan

Hot FM kekal stesen radio nombor satu di Malaysia

Hot FM mencatatkan hampir 4 juta pendengar radio mingguan

KUALA LUMPUR: Stesen radio Media Prima, Hot FM terus mengekalkan kedudukannya sebagai stesen radio nombor satu di negara ini dengan mencatat peminat seramai 3.8 juta.

Menurut laporan terkini Kajian Nielsen Consumer & Media View (CMV), 5.8 juta peminat mendengar radio setiap minggu dan mengekalkan radio sebagai sebahagian penting dalam kehidupan mereka. 

Dalam slot waktu 9 hingga 11;59 pagi, stesen ini mencatatkan peningkatan pendengar sebanyak 12.3 peratus membuktikan bahawa rakyat Malaysia memilih untuk memulakan hari mereka dengan Hot FM.

Pengarah Kanan Kandungan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan berkata pihaknya sangat berbangga dapat mengekalkan kedudukan teratas ini sekali gus menjadi cerminan ikatan mendalam yang mereka kongsikan bersama peminat. 

“Setiap rancangan, lagu dan kandungan yang ada di Hot FM dibuat khas untuk peminat kami. Ini kerana kami nak pastikan bahawa kami sentiasa dekat bersama peminat dan komuniti di Malaysia.

“Kerana mereka mendengar kami, kami juga mendengar mereka. Kami juga sentiasa berusaha untuk mencipta kandungan yang mereka gemari, sama ada melalui pengalaman yang tidak dapat dilupakan seperti Bekpes Hot 5KM Fun Run, OB di dalam kereta api atau peraduan-peraduan yang menarik.” katanya. 

Empat jenama radio lain di bawah Media Prima Audio (MPA) seperti Kool 101, Molek FM, dan Eight FM turut menunjukkan peningkatan yang baik dalam peratusan pendengar mereka.

Fly FM mencatat pertumbuhan 12.8 peratus, menarik 2.4 juta peminat dengan komitmen kepada muzik tempatan dan menghargai wira masyarakat. 

Kool 101 pula menunjukkan peningkatan sebanyak 65.4 peratus kepada 387,000 pendengar, menunjukkan ikatan erat peminat dengan lagu dan cerita yang menyentuh kehidupan harian mereka terutama dalam slot pagi.

Terus mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen utama Pantai Timur, Molek FM meraih 1.07 juta pendengar dengan peningkatan 202,000 melalui kandungan, lagu dan topik yang dekat di hati komuniti Pantai Timur. 

Sebagai pemain utama dalam kalangan stesen berbahasa cina, Eight FM kekal sebagai pilihan utama bagi 363,000 peminat dengan menyajikan muzik dan perbualan berkesan. 

Dengarkan rangkaian radio Media Prima Audio seperti Hot FM, Kool 101, Molek FM, Fly FM dan Eight FM untuk hiburan dan informasi terbaik. 

Dapatkan pengalaman audio digital melalui aplikasi Audio+ dan rasai perbezaannya hari ini. 

Loading...
Terkini