Tumpuan :
Dunia Seni

CSOIAM kekal trending 3 minggu berturut-turut

KUALA LUMPUR: Minggu ketiga program realiti Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) penuh dengan kejutan.

Salah satu momen yang paling mencuri perhatian adalah penampilan dramatik Rezza Shah bersama pelakon terkenal Sophia Albarakbah.

Dalam persembahan lagu Diari Seorang Lelaki, kemunculan mengejut Sophia menambah dimensi emosi dan visual yang memikat penonton.

Namun, nasib tidak menyebelahi Rezza apabila diumumkan sebagai salah seorang peserta dengan undian terendah minggu ini, bersama Dayangku Iffah, Hafiz Zainal dan Eylia Guntabid.

Menurut juri Datuk Yusri Abdul Halim, “Keempat-empat peserta ini menghadapi cabaran sama, iaitu kekurangan impak dari segi perubahan emosi dalam persembahan,” katanya.

 

Dua peserta terpaksa tinggalkan pentas

Minggu ketiga turut menyaksikan dua peserta berbakat, Hafiz Zainal dan Dayangku Iffah, meninggalkan pertandingan.

Meskipun menerima komen positif daripada juri, saingan sengit daripada peserta lain memaksa mereka mengakhiri perjalanan di pentas CSOIAM.

 

Fenomena trending tiga minggu

CSOIAM terus mencipta fenomena, kekal trending di platform ‘X’ selama tiga minggu berturut-turut.

Minggu ini sarat dengan momen berkesan, termasuk persembahan pembukaan oleh Ruffedge, duet memukau Aina Abdul dan persembahan penutup penuh emosi oleh Ernie Zakri.

Marygrace dinobatkan sebagai peserta paling menyerlah minggu ini dengan persembahan memukau lagu Memori Tercipta.

Kemenangan itu membawanya ke pentas duet bersama legenda muzik Malaysia, Datuk Ramli Sarip, pada minggu hadapan.

 

Kejutan buat Zazzleen

Zazzleen turut mencuri perhatian dengan versi unik lagu Wajah Rahsia Hati nyanyian Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Lebih istimewa, beliau menerima mesej video kejutan daripada Ogy sendiri, yang menjadi sumber inspirasi untuk persembahannya.

 

Persaingan makin sengit

Minggu hadapan, tema ‘Sinergi Muzik’ bakal menguji kreativiti lapan peserta yang masih bertahan iaitu Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi, dan Eylia Guntabid.

Penonton juga memainkan peranan penting, dengan 40% keputusan ditentukan melalui undian.

 

Saksikan Calpis Soda One In A Million

Jangan lupa menyaksikan CSOIAM setiap Ahad, jam 9.00 malam, di TV3 atau strim secara langsung di Tonton.

Sertai perjalanan penuh emosi dan kejutan ini, serta rebut peluang memenangi hadiah utama berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000.

Ikuti juga sorotan eksklusif peserta melalui Fizz Journal, bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Selain perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama mencipta fenomena.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini