comscore
Tumpuan :
Hiburan

Buah tangan Khairunazwan Rosdy bakal temui peminat teater

Oleh: Ain Shafiqah Zaki

PETALING JAYA: Pemenang Anugerah Pengarah Terbaik Anugerah Seni Teater 2023, Khairunazwan Rosdy kembali menyerikan pementasan teater muzikal selepas dua tahun menyepikan diri.

Memberi nafas baharu kepada buah tangannya yang berjudul ‘Teater Muzikal Satukan Cinta’, ianya merupakan karya segar yang dibarisi pelakon muda dan terkenal dalam dunia seni persembahan tempatan.

Dibintangi pelakon berbakat antaranya Khayrisyah Kemal, Jihaa Sham dan Baihaqi Majid, ia menjanjikan keunikan tersendiri yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Menurut pengarah, Khairunazwan Rodzy, dia mempunyai keyakinan dengan barisan pelakon muda yang berpotensi menjadi pelapis industri seni di masa hadapan.

“Memang sejak dahulu, saya sangat menggalakkan anak-anak muda untuk terus terlibat dalam bidang teater dan saya mempunyai keyakinan sepenuhnya barisan pelakon ini dapat menggalas watak dan cerita ini,” katanya.

Naskhah ini mengisahkan tentang sebuah kampung bernama Seri Tanjong di dalam Negeri Cinta dimana majoriti penduduknya adalah penternak dan petani.

Keharmonian kampung mula tergugat apabila penghasut dan peraih menjual hasil tanaman dengan harga yang sangat murah.

Kemunculan anak muda yang ingin membuat perubahan di kampung itu dengan menubuhkan koperasi menjadi titik mula penyatuan semula penduduk di kawasan berkenaan.

Teater muzikal itu akan dipersembahkan pada 11 hingga 13 Oktober di PJ Live Arts Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini