comscore
Tumpuan :
Hiburan

BTS Anjur Konsert Percuma, Bantu Korea Selatan Bida Expo 2030

Oleh: Muhammad Taqyuddin Kamil

BUSAN: Kumpulan sensasi dunia, BTS telah menghadiahkan peminat di seluruh dunia dengan konsert percuma digelar ‘Yet To Come In Busan’.

Kira-kira hampir 100,000 penonton membanjiri Stadium Utama Asiad Busan, di samping 48 juta lagi penonton menonton secara dalam talian di laman rasmi kumpulan ini.

Persembahan hampir 90 minit ini dihiasi dengan skrin gergasi dan ledakan bunga api yang sangat menarik dan mengujakan.

Kehadiran peminat kumpulan ini yang pakaian berwarna ungu sambil memegang lampu, mencantikkan lagi persembahan yang boleh disifatkan sebagai antara konsert terbaik dan paling meriah pernah dianjurkan.

BTS menyanyikan hampir kesemua lagu popular serta lagu-lagu dari album terbaharu mereka, dengan energi dan karisma tersendiri.

Mereka dilihat sangat mesra menyantuni peserta yang hadir dengan pelbagai segmen bual bicara santai, diselang-seli dengan celoteh jenaka.

Fathemah Qawud, 19 tahun, antara peminat global yang hadir.

Beliau yang berasal dari Qatar sangat tidak menyangka dapat menyaksikan konsert ini memandangkan persaingan untuk mendapatkan tiket sangat-sangat mencabar.

Ditanya mengenai kumpulan ini, beliau menyifatkan kumpulan ini sebagai satu pencetus revolusi alaf baharu.

“Lagu dan imej yang dibawakan sentiasa segar dan kreatif.”

Seorang lagi peminat, Laura, yang hadir bersama anaknya tidak menyangka konsert yang dianjurkan secara percuma ini, dilakukan denagn sangat baik.

“Segalanya sangat sempurna,paduan muzik, visual dan props sangat baik, segalanya sangat meriah dan bernilai”

Diusia 43 tahun, dia tidak menyesal kerana mengembara dari Itali hanya kerana untuk melihat konsert kumpulan ini.

Menjengah ke laman sosial media, rata-rata sangat teruja dan menganggap konsert ini merupakan satu “hadiah” dan “janji” yang ditunaikan kumpulan ini kepada mereka.

Belumpun konsert bermula, hashtag #YetToComeInBusan telah pun trending dan kekal trending selepas 2 hari konsert berlalu.

Konsert ‘Yet To Come In Busan’ merupakan salah satu usaha kerajaan Korea Selatan dalam misi mereka untuk membida sebagai hos penganjur Expo 2030.

Ekspo perniagaan terbesar paling berprestij anjuran Biro Pameran Antarabangsa ini dijangka memberikan impak ekonomi bernilai 61 trilion won, lapor agensi berita Yonhap.

Ekspo dunia boleh dianggap seperti Piala Dunia ataupun acara Olimpik dalam dunia perniagaan dan ekonomi pernah dianjurkan di Canada, Japan, Sepanyol dan Jerman.

Antara negara lain yang turut bersaing merebut hak penganjuran ialah, Arab Saudi dan Itali dimana keputusan pemilihan akan diumumkan sekitar November 2023.

Loading...
Terkini