KUALA LUMPUR: BoisOver menjadi kumpulan pertama yang berjaya lolos uji bakat Calpis Soda One In A Million (OIAM) yang diadakan di Kuala Lumpur.
Dianggotai empat pelajar berbakat dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Raziq Qadree Elhamshah, Muhammad Hanis Firdaus Hamdan, Hakim Nazmie Shams dan Shaszdan Andshar Annuar mereka tampil membawa misi untuk menghidupkan kembali fenomena ‘boyband’ dengan sentuhan moden dan kreativiti tersendiri.
Mengidolakan kumpulan penyanyi terkenal tanah air seperti V.E dan Ruffedge, BoisOver hadir dengan semangat juang yang tinggi serta tekad untuk membawa bakat mereka ke tahap yang lebih gemilang.
Kumpulan ini menerima komen positif juri, Shaffiq Erwin dan AG Coco.
BoisOver menjanjikan persembahan yang lebih mantap dan bersedia untuk memukau pentas OIAM.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.