comscore
Tumpuan :
Dunia

BLACKPINK tidak lanjut kontrak solo dengan YG

Foto: BLACKPINK/Instagram

SEOUL: Kesemua empat anggota BLACKPINK disahkan tidak lagi bernaung di bawah YG Entertainment, agensi yang membawa nama mereka ke persada antarabangsa.

Syarikat terbabit dalam kenyataan hari ini mengumumkan, Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose tidak akan memperbaharui kontrak eksklusif solo mereka.

“BLACKPINK telah melanjutkan kontrak mereka bersama YG baru-baru ini dan kami juga bersetuju untuk tidak meneruskan kontrak tambahan bagi aktiviti solo mereka,” jelas agensi itu.

“Kami akan terus melakukan yang terbaik untuk BLACKPINK dan tetap menyokong aktiviti solo setiap daripada mereka.

BLACKPINK memperbaharui kontrak aktiviti berkumpulan pada awal bulan ini, namun ketika itu, tiada kata putus ditetapkan untuk projek solo mereka.

Beberapa hari lalu, vokalis dan rapper kumpulan itu, Jennie mengumumkan telah menubuhkan label sendiri untuk aktiviti solonya.

BLACKPINK memulakan karier seni mereka pada 2016, dengan anggota paling awal direkrut YG pada 2010 iaitu Jennie.

Dalam tempoh tujuh tahun, mereka telah memecah pelbagai rekod dalam industri hiburan di Korea Selatan dan antarabangsa.

Konsert terakhir mereka, ‘Born Pink World Tour’ yang diadakan selama setahun, dinamakan konset jelajah kumpulan wanita terlaris dalam sejarah, dengan menjana pendapatan lebih 148 juta dolar Amerika.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini