comscore
Tumpuan :
Artikel

Blackpink Kembali Gegar Malaysia Mac 2023

Oleh Buletin TV3

PETALING JAYA: Kumpulan Blackpink dari Korea Selatan yang cukup terkenal dengan lagu seperti ‘Kill This Love’, ‘How You Like That’ yang didendangkan oleh empat jelitawan Jisoo, Lisa, Rose dan Jennie kembali menemui peminat di Malaysia.

Menerusi ciapan di Twitter, pihak pengurusan YG Entertainment memaklumkan tarikh dan lokasi konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ secara rasminya semalam.

Korea Selatan menjadi destinasi pertama pembuka tirai konsert ‘Born Pink’ pada 15 hingga 16 Oktober depan.

Diikuti ke utara Amerika Syarikat, Eropah, seterusnya ke Asia, Timur Tengah, Australia dan New Zealand.

Konsert ‘Born Pink’ di Malaysia bakal mengambil tempat 4 Mac 2023, bagaimanapun butiran lanjut mengenai lokasinya masih belum dimaklumkan.

Peminat setia Blackpink pasti ternanti-nanti konsert ini memandangkan kali terakhir artis berkumpulan itu mengadakan konsert jelajah dunia pada Februari 2019.

Loading...
Terkini