comscore
Tumpuan :
Dunia

BLACKPINK akhiri jelajah dunia selepas hampir setahun

Foto: YG Entertainment

SEOUL, KOREA SELATAN: Sensasi K-pop dunia, BLACKPINK merekodkan kepulangan ke tanah air dengan gilang-gemilang, selepas hampir setahun menjelajah dunia menerusi konsert ‘Born Pink’.

Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa tampil pada konsert kemuncak di Gocheok Sky Dome, di sini pada 16 dan 17 September.

Ia simbolik kepada permulaan jelajah ‘Born Pink’ pada 15 Oktober 2022.

‘Born Pink’ adalah konsert jelajah kumpulan K-pop wanita terbesar dalam sejarah, dengan jumlah 1.8 juta penonton keseluruhannya.

 

Melaluinya, BLACKPINK telah menghiburkan peminat yang juga dikenali sebagai BLINKs di 64 pentas di 34 bandar termasuk Los Angeles, Paris, Abu Dhabi dan Sydney.

Di Asia, Kuala Lumpur adalah salah satu destinasi mereka.

Konsert terakhir itu dimulakan dengan lagu popular, ‘Pink Venom’, diikuti lagu-lagu hit seperti ‘How You Like That’, ‘Kill This Love’, ‘Whistle’ dan karya solo setiap anggota.

“Saya sangat teruja dengan kehadiran dan sokongan begitu ramai peminat pada konsert terakhir ini,” kata Rosé.

“Saya juga gembira kerana kami dapat mengakhirinya di Seoul.

Seorang lagi anggota BLACKPINK, Jennie pula berkata, “Hari ini, kami mengakhiri konsert jelajah selama setahun, jadi saya harap anda menikmatinya dari awal hingga akhir.”

Foto: YG Entertainment

BLACKPINK yang bernaung di bawah YG Entertainment sejak memulakan karier pada 2016, dikatakan perlu membuat keputusan dalam masa terdekat, sama ada mahu meneruskan kontrak dengan agensi berkenaan.

Malah, terdapat khabar angin mereka mungkin berpecah jika tidak menyambung kontrak.

Segelintir pengamal media menjangkakan, BLACKPINK akan menjawab segala spekulasi berhubung kontrak mereka di konsert tersebut, namun sangkaan itu meleset.

Sebaliknya, Jennie berkata, mereka berazam untuk terus berusaha keras sekali gus diiktiraf sebagai kumpulan yang hebat, memberi bayangan mereka akan terus bersama.

Loading...
Terkini