KUALA LUMPUR: “Biar orang buat kita, Allah Maha Adil,” tulis pelakon Uqasha Senrose dalam ‘Instagram Story’nya.
Uqasha berkata, dia reda apabila kehidupan rumah tangganya dengan Kamal Adli difitnah sedang berantakan.
Menurutnya, dia berterima kasih kepada suaminya itu kerana tampil mempertahankan rumah tangga mereka.
“Terima kasih sayang, macam abang selalu nasihat saya.
Menurut Uqasha, dia mengaku pelik dan tertanya-tanya bagaimana khabar angin mengenai rumah tangganya sedang menghadapi masalah tersebar.
“Didakwa bergolak? Siapa dakwa? Tidak fasal-fasal kena juga,” katanya.
Semalam, Kamal ketika ditemui media enggan melayan spekulasi mendakwa rumah tangganya sedang bergolak dan menganggap perkara itu sengaja dicetuskan individu tertentu.
Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, berkata, dia cuma berlapang dada, bahkan rasa lucu mendengar gosip liar itu.
Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dan Kamal diijabkabulkan pada 5 November 2021 selepas dua tahun bercinta.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia enam bulan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.