comscore
Tumpuan :
Dunia

Babymonster pengganti BLACKPINK?

SEOUL: Babymonster, kumpulan baharu di bawah naungan kuasa besar K-pop, YG Entertainment akhirnya membuat penampilan pertama atau debut dalam industri hiburan.

Tampil dengan enam anggota, Babymonster juga adalah kumpulanwanita pertama keluaran YG sejak BLACKPINK, tujuh tahun lalu.

Single pertama mereka, ‘Batter Up’ dilancarkan semalam.

Ia pantas mencatat rekod baharu untuk debut kumpulan K-pop, apabila meraih 22.59 juta tontonan di YouTube hanya dalam tempoh 24 jam.

‘Batter Up’ juga menguasai carta iTunes di 21 negara termasuk menembusi carta muzik di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Menerusi kenyataan bersama, Babymonster berkata, “Kami sangat gembira kerana hari ini, kami akhirnya berjaya merealisasikan impian yang sudah tersimpan lama.”

“Kami telah melakukan yang terbaik untuk membawa ‘warna’ yang tersendiri, yang tidak pernah ditampilkan sebelum ini.

Babymonster sudah pun dikenali ramai sebelum ini, apabila proses pemilihan anggota kumpulan itu serta perjalanan karier mereka dikongsi YG, menerusi platform media sosial.

Kumpulan itu dianggotai oleh Haram, Rora, Pharita, Chiquita, Ruka dan Asa yang berasal dari Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

Selain dianggap sebagai pengganti BLACKPINK suatu hari nanti, pemilihan dari pelbagai negara itu juga dikatakan sebahagian daripada usaha YG untuk mengukuhkan penguasaannya di pasaran global.

Pengenalan Babymonster juga disebut-sebut tepat pada masanya, ketika masa depan BLACKPINK bersama YG terus menjadi tanda tanya.

Loading...
Terkini