Tumpuan :
Dunia Seni

[VIDEO] Ashraf pelapis seni ventriloquist


Oleh: Ain Shafiqah Zaki

KUALA LUMPUR: Tatkala anak muda seusianya memilih kerjaya popular seperti doktor, peguam dan polis, pemuda kelahiran Sabah ini membuat keputusan berani memilih kerjaya ventriloquist atau seni bercakap tanpa menggerakkan bibir dan mulut.

Terdetik untuk mempelajari seni ventriloquist kerana tertarik dengan keunikannya, pemuda berusia 28 tahun ini berjinak-jinak menimba ilmu daripada salah seorang senior dalam industri berkenaan.

“Saya belajar benda ini (seni ventriloquist) daripada senior dalam industri ini juga, Wanrul namanya dan sampai sekarang saya masih mengidolakan guru saya itu,” ujarnya.

Bermula dengan muat naik video menyanyikan semula lagu terkenal bersama salah satu watak bonekanya, Ashraf mula mendapat tempat di hati orang ramai dan disitu dia bertekad menyampaikan mesej dengan menonjolkan elemen humor dan teknik yang unik dalam setiap persembahan serta kandungan di media sosial.

Tidak lokek berkongsi ilmu, Ashraf turut menurunkan beberapa tips dalam seni ventriloquist.

Antaranya, cara menyebut huruf ‘m’ tanpa menggerakkan bibir dan hanya menggunakan suara perut.

FOTO: Tangkap layar video Ashraf_Puppet / Tiktok

Menyentuh mengenai cabaran, meskipun sudah lama berkecimpung dalam bidang ini, dia harus bijak mempelbagaikan watak rekaannya.

“Saya sudah berada di dalam industri ini lebih daripada 10 tahun tetapi masih ada cabaran antaranya bagi saya adalah menghidupkan watak-watak yang ada dengan suara yang berbeza,” katanya kepada Buletin TV3.

Tidak mahu industri itu terus dipandang sepi, Ashraf berharap agar lebih ramai individu berminat untuk mempelajari seni berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini