comscore
Tumpuan :
Hiburan

Artis Promosi Vape Dan Rokok Dikhalayak, KKM Pandang Serius

Oleh Izzatie Rizan

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memandangan serius, tingkah laku golongan artis yang sengaja mempamerkan tabiat menghidap rokok dan vape di khalayak ramai malah di pentas ‘catwalk’ baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata perbuatan berkenaan bukan sahaja menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat, namun turut mendatangkan kemudaratan kepada orang sekeliling.

“Sebagai seorang selebriti, tingkahlaku mereka sentiasa diperhatikan oleh masyarakat dan akan menjadi ikutan. Oleh itu, sebagai selebriti mereka mempunyai tanggungjawab untuk menunjukkan tingkahlaku yang baik yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat,”.

“Ini juga adalah selaras dengan hasrat KKM untuk membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 supaya kawalan terhadap produk merokok secara komprehensif dapat dilaksanakan bagi mengekang masalah merokok di kalangan masyarakat Malaysia.”tegasnya menerusi kenyataan di Facebook.

KKM juga katanya menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat.

Baru-baru ini seorang artis tempatan muncul ‘catwalk’ di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) pada Ahad.

Mewakili satu jenama yang cukup gah namanya, beliau berjalan di pentas peragaan itu membawa sepuntung rokok yang tidak dibakar.

Tindakan beliau mengundang pelbagai kritikan warganet.

Loading...
Terkini