LONDON: Album ke-10 Coldplay berjudul Moon Music yang akan dipasarkan pada 4 Oktober depan dihasilkan dengan mengguna bahan kitar semula.
Piring hitam album kumpulan dari London itu diperbuat daripada botol plastik yang sudah digunakan.
Mereka turut menghasilkan sebuah buku nota edisi khas di mana 70 peratus bahannya adalah daripada plastik buangan sungai di Rio Las Vacas, Guatemala.
Kumpulan dianggotai Chris Martin (penyanyi), Johny Buckland (gitar), Guy Berryman (bass) dan Will Champion (dram) itu menyatakan pendekatan terbabit akan mengurangkan pembebasan karbon sebanyak 85 peratus dan membendung penghasilan lebih 25 tan plastik.
Coldplay memang diketahui lantang laungkan usaha pemeliharaan alam sekitar dalam setiap aktiviti seni mereka.
Pengeluaran piring hitam kembali rancak sejak lebih sedekad lalu.
Namun, bahannya diperbuat daripada paip polivinil klorida (PVC) yang mengambil masa satu abad untuk mereput di tapak pelupusan sampah.
Ramai artis seperti Billie Eilish, Idles, Brent Faiyaz dan Holly Humberstone baru-baru ini turut mengambil inisiatif menghasilkan piring hitam kitar semula yang mesra alam.
Sementara itu, Coldplay kembali bekerjasama dengan penerbit muzik pop tersohor Sweden iaitu Max Martin untuk album kali ini.
Martin pernah terbabit menerbit album mereka iaitu Music Of The Spheres pada 2021.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.