comscore
Tumpuan :
Hiburan

ABPBH36: Pelakon senior dominasi kategori pelakon TV dan filem popular

PETALING JAYA: Pelakon senior mendominasi kategori pelakon TV dan filem popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 36).

Pelakon, Fasha Sandha kembali memperkukuhkan reputasinya selepas 13 tahun di pentas ABPBH apabila merangkul trofi Aktres Filem Popular pada edisi ke-36.

Foto: NSTP

Mencipta kejutan dengan menewaskan finalis lebih muda, kali terakhir Fasha menjulang trofi ABPBH ketika diumum Pelakon TV Wanita Popular pada edisi ke-24, iaitu pada 2011.

Sementara itu, Aktres Rita Rudaini berjaya merangkul trofi Aktres Pembantu TV Popular sekali gus menjadi kemenangan pertamanya dalam anugerah itu selepas empat kali tercalon dalam kategori yang sama.

Foto: NSTP

Detik itu dianggap paling manis buat Rita yang tidak pernah meraih trofi dalam mana-mana acara hiburan, baik berpaksikan produk atau populariti, sejak mengabdikan diri dalam dunia seni sejak hampir tiga dekad lalu.

Pada masa sama, penyanyi dan pelakon senior, Raja Ema mencipta kejutan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 apa bila merangkul anugerah Aktres Pembantu Filem Popular setelah 36 tahun.

Penyanyi lagu Jejaka Idaman itu mengetepikan saingan finalis muda lain termasuk Daiyan Trisha, Harissa Adlynn, Nadia Brian dan Wanna Ali.

Selain itu, pelakon kelahiran Singapura Shah Iskandar meraih trofi Aktor Pembantu TV Popular menewaskan Azhan Rani, Mierul Aiman, Nadhir Nasar dan Wanns Ahmad.

Foto: NSTP

Shah sebelum ini pernah meraih trofi Pelakon TV Lelaki Popular dua tahun berturut-turut iaitu pada ABPBH 2013 dan 2014.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini