comscore
Tumpuan :
Hiburan

ABPBH 36: Raja Ema cipta sejarah, rangkul trofi Aktres Pembantu Popular

Foto: NSTP

SHAH ALAM: Penyanyi dan pelakon senior, Raja Ema, 56, mencipta kejutan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 apa bila merangkul anugerah Aktres Pembantu Filem Popular.

Penyanyi lagu Jejaka Idaman itu mengetepikan saingan finalis muda lain termasuk Daiyan Trisha, Harissa Adlynn, Nadia Brian dan Wanna Ali.

Kejayaan itu dianggap paling manis dan cukup bermakna, berikutan pada edisi kedua ABPBH pada 1988, Raja Ema yang membintangi filem Sayu Yang Syukur, meraih trofi Pelakon Pembantu Wanita Popular.

Membuktikan dirinya masih relevan, Raja Ema yang juga anak pelakon dan pelawak veteran, Allahyarham Yusni Jaafar, sebelum ini dilapor antara 10 calon yang beroleh undian tertinggi bagi kategori Aktres Pembantu Filem Popular ABPBH 36.

Sementara itu, Pelakon Alif Hadi, 36, diumum sebagai Aktor Pembantu Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.

Foto: NSTP

Alif Hadi yang juga pelakon filem Jemputan Ke Neraka, mengetepikan pelakon senior berpengalaman iaitu Eman Manan, Ropie, Hafiz Nafiah dan Hisyam Hamid.

Ini kemenangan pertama diraih Alif atau nama sebenar, Muhammad Alif Abdul Hadi di pentas ABPBH.

Alif Hadi yang mula dikenali selepas menyertai program realiti, Fear Factor Selebriti Malaysia, pernah membintangi filem Bulan dan Pria Terhebat, Hantu Judi dan Janet: Sumpah Terlarang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini