comscore
Tumpuan :
Dunia

2NE1 sah buat ‘comeback’, jelajah dunia sempena ulang tahun ke-15

2NE1 dianggotai oleh CL, Bom, Dara dan Minzy – FOTO: 2NE1/Instagram

SEOUL: Kumpulan K-pop ikonik, 2NE1 sah akan membuat kemunculan semula atau comeback.

Perkara itu disahkan oleh YG Entertainment, menerusi video pengumuman khas yang dimuat naik di platform media sosial.

Dalam video tersebut, pengasas YG, Yang Hyun-suk berkata, 2NE1 yang dianggotai oleh CL, Dara, Bom dan Minzy telah meluahkan hasrat kepada beliau untuk menganjurkan konsert, bagi ulang tahun ke-15 kumpulan itu.

Pengasas YG Entertainment, Yang Hyun-suk ketika membuat pengumuman ‘comeback’ 2NE1 – FOTO: Tangkap layar YouTube YG ENTERTAINMENT

Justeru selepas perbincangan lanjut, pihaknya telah memutuskan untuk menganjurkan konsert jelajah global 2NE1 yang akan bermula di sini, pada Oktober nanti.

Kumpulan empat anggota itu seterusnya akan ke Osaka, Jepun pada hujung November dan Tokyo, Jepun pada Disember.

Jelajah itu akan diteruskan ke lokasi-lokasi lain pada 2025.

Tambah beliau, konsert itu bakal menjadi hadiah istimewa buat peminat yang membesar bersama muzik 2NE1, apatah lagi dengan katalog lagu hit yang besar dimiliki kumpulan itu.

Untuk rekod, 2NE1 adalah kumpulan wanita pertama keluaran YG.

Poster meraikan penyatuan semula 2NE1 secara rasmi

Mereka diperkenalkan pada 2009, sebelum melonjak mencipta nama seterusnya melakar pelbagai kejayaan serta sejarah dalam industri muzik tempatan dan antarabangsa.

Pada 2016, pengumuman pembubaran 2NE1 oleh YG telah mencetus pelbagai kontroversi.

Difahamkan anggota-anggota kumpulan itu tidak dimaklumkan mengenai pembubaran tersebut, malah YG juga didakwa sengaja berbuat demikian, dipercayai akibat skandal dan salah faham yang berlarutan.

Dalam pada itu, terdapat artis YG lain yang turut dijangka sibuk tahun hadapan termasuk BLACKPINK.

FOTO: BLACKPINK/Instagram

Menurut Hyun-suk, kumpulan berkenaan akan membuat comeback selain memulakan satu lagi jelajah dunia, selepas kejayaan ‘Born Pink World Tour’ yang tamat tahun lalu.

Artikel berkaitan: BLACKPINK akhiri jelajah dunia selepas hampir setahun

Turut dijadual sibuk dengan persembahan jelajah dunia ialah BABYMONSTER dan TREASURE.

BABYMONSTER – FOTO: YG Entertainment

YG juga dalam persiapan untuk memperkenalkan kumpulan baharu yang ketika ini digelar NEXT MONSTER.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini