comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Prestasi mengagumkan HONOR 200 pada harga bawah RM2,000

Oleh: Hanis Aliaa Hidzir

Landskap telefon pintar adalah arena persaingan yang sengit di mana inovasi sering datang pada harga premium. Walau bagaimanapun, HONOR mencabar status quo dengan pengenalan siri HONOR 200.

Siri terbaharu ini mewakili perubahan yang berani daripada kebiasaan, menawarkan ciri dan prestasi peringkat perdana pada titik harga julat pertengahan.

Tiada lagi limitasi seperti kualiti kamera, hayat bateri atau kuasa pemprosesan untuk disesuaikan dengan bajet. Siri HONOR 200 adalah bukti komitmen HONOR menyampaikan pengalaman luar biasa buat pengguna pada harga mampu milik.

Sistem kamera luar biasa

Menampilkan sistem kamera luar biasa dengan kejuruteraan bersama studio fotografi terkenal Harcourt, siri HONOR 200 menawarkan kamera 50MP yang mampu merakam potret berkualiti studio.

Sensor H9000 1/1.3-inci yang memberikan keupayaan pengesanan cahaya dan sokongan HDR pada HONOR Magic6 Pro, kini turut hadir dalam siri HONOR 200.

Lebih mengagumkan, siri HONOR 200 mampu mengenal pasti adegan penggambaran, menyesuaikan cahaya, warna, dan komposisi secara automatik menjadikan setiap foto dihasilkan seumpama karya seni dan berkualiti studio Harcourt dengan teknologi AI HONOR.

Ciri pintar untuk pengalaman lancar

Bukan sekadar telefon kamera, siri HONOR 200 adalah peranti pintar dilengkapi ciri inovatif. Pengenalan MagicOS 8.0 dan Android 14 bukan sahaja memperkasakan pengalaman Magic AI malah menawarkan penyelesaian pintar untuk tugas harian.

Contohnya, Magic Portal akan memahami dan mentafsir mesej dan tingkah laku pengguna dengan bijak, membawa mereka mencari informasi seperti alamat dan imej secara mudah dengan hanya menyeret dan melepaskannya daripada satu aplikasi ke aplikasi lain.

Ia turut menyokong pelbagai aplikasi Google seperti Google Maps, WhatsApp, Gmail, Google Search, Facebook, Instagram, dan X (Twitter). Aplikasi lain seperti TikTok, WeChat, dan Taobao juga dapat digunakan.

HONOR juga mengutamakan privasi pengguna dengan memproses data pada peranti secara selamat dan melengkapi siri HONOR 200 dengan Blur Private Info.

Ciri ini mengaburkan maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, dan maklumat perhubungan secara terus daripada menu Share sebelum imej dihantar, memastikan privasi pengguna sentiasa dilindungi.

Gabungan sempurna penjagaan mata, hayat bateri

Memahami kepentingan kesihatan mata, siri HONOR 200 turut dilengkapi skrin perlindungan mata AI termaju.

Skrin dengan teknologi peredupan sifar risiko 3840Hz mengurangkan kelipan skrin dalam suasana gelap dan pencahayaan rendah, sesuai untuk penggunaan pada waktu malam.

Ciri Circadian Night Display dan Dynamic Dimming turut melaraskan kecerahan dan warna skrin secara automatik untuk keselesaan optimum selain membantu mengurangkan keletihan mata dengan meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik.

Model Pro menampilkan AI Natural Tone 2.0, yang menyesuaikan skrin secara bijak kepada pencahayaan ambien, memberikan pengalaman menonton secara alami dan konsisten setiap masa.

Dalam pada itu, siri HONOR 200 menampilkan bateri karbon silikon 5200mAh menawarkan prestasi dan hayat bateri luar biasa.

Ditambah dengan 100W Wired HONOR SuperCharge dan 66W Wireless HONOR SuperCharge untuk model Pro, pengguna tidak perlu lagi risau peranti mereka kehabisan bateri.

Prestasi cemerlang, tahan lasak

Siri HONOR 200 adalah peranti tahan lasak sesuai untuk penggunaan harian dengan adanya skrin paparan Super Reinforced Glass.

HONOR turut menawarkan perkhidmatan Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari untuk skrin atau kaca kamera secara percuma sebagai perlindungan tambahan, memberikan ketenangan fikiran buat pengguna.

Memberikan prestasi peranti peringkat perdana, siri HONOR 200 Pro mempunyai pemproses Snapdragon 8s Gen 3 dan cipset HONOR C1 + RF manakala versi standard menawarkan prestasi mengagumkan dengan cipset berkuasanya sendiri.

Selain itu, kedua-dua model turut didatangkan dengan 12GB RAM, memastikan prestasi berbilang tugas dan aplikasi lancar.

Telefon paling berbaloi dalam kelasnya, Siri HONOR 200

Hadir dalam empat pilihan warna menawan termasuk Ocean Cyan, Moonlight White, Coral Pink dan hitam, siri ini bukan hanya mengenai prestasi dan ciri tetapi juga pernyataan gaya buat individu.

HONOR 200 Pro boleh dimiliki pada harga RM2,699 manakala HONOR 200 pula pada harga RM1,899 (256GB) dan RM2,199 (512GB).

Setiap pra tempahan bakal menerima hadiah bernilai lebih RM878 termasuk HONOR Earbuds X6 serta Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 hari.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal merasai pengalaman hebat siri HONOR 200.

Pra tempah HONOR 200 sekarang dan tenggelamkan diri dalam dunia teknologi termaju, reka bentuk yang menakjubkan dan prestasi luar biasa.

Untuk maklumat lanjut dan pra tempahan, layari pautan ini.

Loading...
Terkini