comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Kemas kini Magic AI baharu Siri HONOR 200 tingkatkan pengalaman pengguna

Ciri AI Eraser pada Siri HONOR 200 mampu menghapuskan objek yang tidak diingini dalam foto. Foto Facebook HONOR Malaysia

Oleh Muhamad Shaifullah Tayep

KUALA LUMPUR: Telefon pintar kelas pertengahan premium yang terkenal dengan kemampuan fotografi potret, Siri HONOR 200 kini menerima kemas kini Magic AI baharu yang meningkatkan pengalaman pengguna.

Kemas kini terbaharu ini turut hadir bersama beberapa ciri tambahan termasuk Bokeh Adjustment, Group Photo Enhance, dan ciri AI Eraser.

Ciri Bokeh Adjustment membolehkan pengguna menambah kesan kabur dalam gambar dengan menyesuaikan fokus dan apertur seperti sistem kamera profesional.

Ciri yang boleh didapati pada model HONOR 200 Pro dan HONOR 200 ini memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk menyesuaikan fokus pada bahagian tertentu imej bagi menghasilkan karya kreatif yang luar biasa.

AI Group Photo Enhance pula menyokong fungsi memperincikan potret, membetulkan mata yang tertutup serta sebarang perubahan pada bentuk atau ciri wajah dalam gambar bagi menghasilkan foto berkumpulan yang sempurna.

Sebagai contoh, jika ada mata seseorang dalam gambar berkumpulan terpejam, teknologi Multi Frame Synthesis yang berkuasa akan membantu membetulkan keadaan itu supaya semua orang kelihatan sempurna secara pintar.

Fungsi ini hanya berfungsi dengan penggunaan kamera belakang dan direka khusus untuk gambar berkumpulan yang membabitkan dua hingga 50 orang.

Manakala, ciri AI Eraser pula mampu menghapuskan objek yang tidak diingini dalam foto seperti orang lalu lalang, kenderaan, dan lain-lain secara pintar untuk menghasilkan gambar yang sempurna serta berkualiti tinggi.

Sama ada membuang objek secara manual atau automatik, pengguna Siri HONOR 200 boleh mula menggunakan ciri ini melalui penambahan dalam kemas kini terbaharu pada pertengahan September 2024.

Saksikan kehebatan ciri AI Eraser yang dikongsikan pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal ketika TikTok Awards Malaysia 2024, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Siri HONOR 200 memanfaatkan penggunaan AI Potrait Engine yang dibangunkan bersama Studio Harcourt yang berpusat di Paris untuk menghasilkan fotografi potret bertaraf studio dalam bentuk telefon pintar yang kompak.

Siri ini dilengkapi dengan kamera utama 50MP, di mana varian Pro mengintegrasikan Kamera Utama H9000 1/1.3-inci manakala varian standard menggunakan sensor Sony IMX906.

Kamera Telefoto 50MP pada Siri HONOR 200 menggunakan sensor Sony IMX856 dengan sistem Dual OIS (OIS+EIS) anti-goncang untuk imej dan video yang lebih stabil.

Untuk memastikan prestasi yang unggul dan nilai terbaik, Siri HONOR 200 menggunakan paparan AMOLED 120Hz terbaharu yang menerima Sijil Paparan Bebas Kerlipan TÜV Rheinland dan Sijil Penjagaan Paparan Penuh TÜV Rheinland.

Bagi prestasi yang lebih lancar, varian Pro menggunakan pemproses mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen3 dan cip peningkatan HONOR C1+RF manakala HONOR 200 dilengkapi dengan pemproses mudah alih Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3.

Siri HONOR 200 juga dikuasakan oleh bateri berkapasiti besar 5,200mAh dengan teknologi pengecasan berwayar 100W HONOR SuperCharge.

Varian Pro turut menyokong pengecasan tanpa wayar 66W HONOR SuperCharge Wireless.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, ikuti akaun rasmi Facebook HONOR Malaysia dan laman web HONOR.

Loading...
Terkini