comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Gara-gara terberak dalam kereta, anak maut dibunuh bapa tiri

Azman Abdul Rahman (tengah) diiringi pegawai polis selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Melaka.

FAIL MAHKAMAH: “Kemarahan memuncak seolah-olah bertukar menjadi power rangers dan pukul arwah hingga mati”.

Itu kenyataan tertuduh, Azman Abdul Rahman, 37, di mahkamah, kata penguambela tertuduh, Arik Zakri Datuk Abdul Kadir.

Firdaus Mohd Dan, 6 tahun, maut dipukul dengan dahan kayu, rotan dan ditendang dengan kasut keselamatan oleh bapa tiri sehingga maut.

Ketika kejadian pada 10 Oktober 2011, mangsa yang ketika itu bersama bapa tirinya (tertuduh) dan seorang pekerja ke kebun sawit di Kampung Solok Pinang, Gadek, Alor Gajah, menaiki sebuah kereta bagi menyelesaikan rutin kerja tertuduh.

Namun ketika dalam perjalanan mangsa ada memberitahu tertuduh untuk membuang air besar, tetapi disuruh menahan.

Akibat itu mangsa membuang air besar di dalam kereta sehingga mendatangkan kemarahan kepada tertuduh.

Tertuduh tidak dapat mengawal kemarahan sehingga bertindak memukul mangsa bertubi-tubi menggunakan dahan, rotan dan juga menendang mangsa dengan kasut keselamatan.

Tindakan tertuduh dihalang pekerjanya namun gagal.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dengan pendarahan di telinga disedari pekerja tertuduh, sebelum membawa mangsa ke Hospital Alor Gajah, namun disahkan meninggal dunia.

Menurut Arik Zakri, tertuduh di peringkat Mahkamah Rayuan berkata, tertuduh telah menggunakan pelbagai barang untuk menyakiti mangsa.

“Bila kita buat kerja bertukang kita akan memakai safety boot dan dia telah menyepak dan menggunakan kekerasan ke atas kanak-kanak tersebut..” katanya dalam program Fail Mahkamah.

Mereka ada kumpul dahan kayu dan menggunakan kayu tersebut untuk memukul dan menyebat di bahagian belakang dan depan sampai patah.

Mengimbas kembali kejadian, S.Vijayaretnam, peguambela tertuduh di peringkat Mahkamah Persekutuan berkata, tertuduh memukul mangsa bertalu-bertalu.

“Dan mengikut keterangan saksi yang mengikut tertuduh ketika itu, saksi itu menyatakan dalam keterangan bahawa mangsa itu telah dipukul bertalu-talu oleh Azman sehingga pengsan.”

Berdasarkan hasil pemeriksaan, Doktor Alywin Vincent mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan pihak hospital menghubungi polis bagi menjalankan siasatan terhadap kematian si mati.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat 72 kesan kecederaan pada jasad mangsa terutama pada bahagian otot, paru-paru, kepala dan perut berpunca daripada hentakan kuat menggunakan benda tumpul.

Pada 5 Jun 2015, Mahkamah Tinggi di Melaka menjatuhkan hukuman mati terhadap Azman.

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program FAIL MAHKAMAH pada jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini