comscore
Tumpuan :
Fail Mahkamah

FAIL MAHKAMAH: Angkara dadah, nyawa nenek tergadai

PETALING JAYA: “Nenek kena bunuh, tolong, tolong tolong.”

Jerit cucu kepada mangsa, seorang wanita warga emas yang maut akibat ditetak sekumpulan lelaki yang menceroboh rumah gara-gara dadah, dalam kejadian pada 12 Ogos 2019, di Sabak Bernam.

Warga emas, Runkanaikey, 71 tahun ditetak sehingga mati di tempat kejadian. 

Menurut saksi, cucu mangsa, N. Silamparasan mengetuk pintu rumahnya pada pukul 4 pagi untuk meminta pertolongan.

Keadaan mangsa ketika itu ibarat nyawa-nyawa ikan dan tangan cedera parah akibat ditetak.

Mangsa sempat meminta untuk minum air sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Pada awalnya polis menyangkakan kes bermotifkan samun, namun barang kemas mangsa masih berada pada mangsa dan siasatan kemudian menjurus kepada kes bunuh. 

Menurut Pegawai Penyiasat, Rodziah Ahmad Tajuddin, keputusan N. Silamparasan (cucu kepada mangsa) menyembunyikan bungkusan dadah yang diterima suspek mencetuskan tragedi malang ke atas dirinya dan keluarga. 

“Dadah dibeli suspek, disimpan cucu si mati, dan cucu si mati ni menyatakan bahawa dadah tersebut dirampas oleh pihak polis. Sebenarnya dia sembunyikan dadah itu di satu tempat di kawasan perumahan,” katanya yang menjadi pegawai penyiasat yang mengendalikan kes tersebut.

Suspek dikatakan menjadi berang kerana mendakwa Silamparasan tidak menjaga dadah itu dengan rapi hingga dirampas polis dan mengajak rakan-rakannya untuk membalas dendam ke atas Silamparasan iaitu cucu kepada mangsa. 

Siasatan awal mendapati ketika kejadian, kesemua suspek dikatakan dilaporkan tidak mengetahui keberadaan P. Runkanaikey di rumah. 

Perbincangan kelima-lima suspek di sekitar kawasan perkampungan Tebuk Pulai, dikatakan hanya untuk memburu Silamparasan.

Kelima-lima suspek dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan mati mandatori atau hukuman penjara seumur hidup dan Seksyen 324 kanun sama yang memperuntukkan penjara 10 tahun atau denda atau sebat.

Seramai 14 saksi pendakwaan dan 12 saksi pembelaan dipanggil sepanjang perbicaraan. 

Saksikan imbasan terperinci kes menerusi program Fail Mahkamah jam 9 malam ini di TV3, atau strim menerusi www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini