comscore
Tumpuan :
Dunia

‘Zon Kemanusiaan’ satu pembohongan Israel

FOTO: Reuters

GAZA: Penduduk Gaza boleh berpindah ke ‘zon selamat’ atau ‘zon kemanusiaan’ adalah satu pembohongan Israel.

Pesuruhjaya agensi kerja dan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin, (UNRWA), Philippe Lazzarini berkata, tiada lagi tempat selamat di Gaza.

FOTO: Reuters

Setiap kali rakyat Palestin dipaksa berpindah, mereka akan meninggalkan penempatan sehelai sepinggang.

Lebih buruk, mereka sebenarnya terdedah kepada serangan rejim Zionis.

Menurut Lazzarini, sekali lagi hampir separuh populasi Rafah atau lebih 800,000 orang dipaksa melarikan diri sejak Israel memulakan operasi ketenteraan di Rafah pada 6 Mei.

Tindak balas kepada arahan berpindah, orang awam melarikan diri ke kawasan yang kononnya selamat menuju ke tengah Gaza dan Khan Younis.

Kenyataan itu dibuat melalui hantaran di media sosial X beliau.

Tambah Lazzarini, pusat perlindungan dikendalikan oleh UNRWA juga tidak lagi selamat.

Menurut badan kemanusiaan itu lagi, situasi lebih buruk apabila bekalan dan bantuan kemanusiaan asas tidak mencukupi.

Malah, bekalan makanan dan lain-lain keperluan oleh komuniti kemanusiaan yang berada di palestin juga telah habis.

Setakat 6 Mei lalu, hanya 33 trak bantuan yang berjaya masuk ke selatan Gaza jumlah yang terlalu sedikit untuk menampung keperluan.

Justeru, UNRWA menggesa gencatan senjata semua pihak termasuk Israel dan Hamas segera dilaksanakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini