Tumpuan :
Dunia

Zionis lancar siri serangan ke atas ibu pejabat Hizbullah

FOTO: Reuters

LUBNAN: Tentera Zionis melancarkan siri serangan besar-besaran ke atas ibu pejabat Hizbullah di Beirut, Lubnan semalam.

Sekurang-kurangnya, enam orang terbunuh dan 91 cedera dalam serangan pada waktu tengah malam itu.

Dalam serangan yang mensasarkan Kumpulan Pasukan Pejuang Lubnan, Hizbullah itu, Israel telah meranapkan enam bangunan pangsapuri.

Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah dikatakan menjadi sasaran serangan.

Namun, masih tidak dapat dipastikan sama ada Nasrallah berada di kawasan terbabit atau tidak.

Tentera Israel bagaimanapun, enggan mengulas berhubung serangan itu.

Angka kematian mungkin meningkat dengan ketara dan usaha menyelamat kini sedang giat dilakukan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini