comscore
Tumpuan :
Dunia

Zionis kerah askar simpanan

GAZA/JERUSALEM: Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant telah mengerah askar simpanan susulan serangan roket besar-besaran dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke Israel.

Menurut sumber perubatan tentera regim Zionis, pusingan baharu konflik antara kedua-dua pihak telah mengorbankan 22 warga Israel.

Serangan mengejut bermula beberapa minit sebelum 7 pagi waktu tempatan (0400 GMT) pada hari cuti Israel Simchat Torah, lapor Xinhua.

Dua jam selepas serangan bermula, tentera udara Zionis melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza.

Mohammed al-Deif, seorang pemimpin Hamas, mengumumkan permulaan operasi ketenteraan baharu “Banjir Al-Aqsa” terhadap rejim Zionis, melalui satu kenyataan ringkas yang dirakamkan.

Pihak berkuasa kesihatan Hamas dalam satu kenyataan akhbar memaklumkan bahawa Israel menyerang sebuah hospital di utara Gaza, membunuh seorang pekerja dan mencederakan beberapa penduduk tempatan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini