Tumpuan :
Dunia

Zelenskyy kesal gaduh dengan Trump, sedia bekerjasama untuk rakyat Ukraine

FOTO: Reuters

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy meluahkan rasa kesal atas pertelingkahannya dengan Presiden Amerika Syarikat, AS, Donald Trump di Pejabat Oval, White House, Jumaat lalu.

Menurutnya, pertemuan di Washington, di White House pada hari Jumaat, tidak berjalan seperti yang sepatutnya.

Dalam menyatakan kekesalan insiden itu, Zelenskyy menyatakan sudah tiba masanya untuk membetulkan keadaan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, kesediaan Ukraine untuk memberikan komitmen terhadap mencapai keamanan sambil memaklumkan “Tiada siapa di antara yang mahukan perang berpanjangan.”

Justeru ujarnya, Ukraine bersedia untuk duduk di meja rundingan secepat mungkin bagi membawa keamanan yang berkekalan lebih dekat.

Zelenskyy juga menyatakan kesediaan memberi komitmen di bawah kepimpinan Presiden Trump bagi mendapatkan keamanan berkekalan untuk rakyat Ukraine.

Susulan keputusan AS menggantung sementara bantuan ketenteraan ke atas Ukraine, Zelenskyy menggariskan cadangan terdapat beberapa langkah awal boleh diambil untuk menamatkan perang.

Cadangan beliau adalah membebaskan tahanan, melancarkan gencatan senjata di ruang dara termasuk larangan terhadap peluru berpandu, dron jarak jauh, bom ke atas infrastruktur tenaga dan awam serta gencatan senjata di laut dengan segera, sekiranya Rusia melakukan perkara sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini