comscore
Tumpuan :
Dunia

Xi Jinping ucap tahniah kepada Prabowo atas pelantikan sebagai Presiden Indonesia

Foto fail Reuters

BEIJING: Presiden China Xi Jinping pada Ahad mengucapkan tahniah kepada Prabowo Subianto atas pelantikannya sebagai Presiden Indonesia, lapor Xinhua.

Xi berkata bahawa China dan Indonesia adalah jiran yang mesra dan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara berkembang pesat, memasuki era baharu dalam membina komuniti dengan masa depan bersama.

Tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik antara China dan Indonesia, yang akan menyediakan peluang baharu bagi memajukan kerjasama dua hala, kata Xi.

Xi turut menzahirkan kesediaan untuk mengekalkan komunikasi strategik yang erat dengan Prabowo bagi membimbing pembinaan komuniti China-Indonesia dengan masa depan bersama ke tahap yang lebih tinggi, serta membuka lembaran baharu dalam usaha mengukuhkan perpaduan dan koordinasi serta mencapai manfaat bersama. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini