
ISTANBUL: Platform media sosial X mengalami gangguan pada Isnin, menjejaskan ribuan pengguna seluruh dunia.
Agensi Anadolu (AA) melaporkan, menurut laman pengesan gangguan Downdetector.com, kira-kira 90,000 pengguna X melaporkan masalah pada dua waktu berasingan sepanjang hari.
Downdetector mengumpul data daripada laporan dikemukakan oleh pengguna.
Ia bermakna bilangan sebenar pengguna terjejas mungkin lebih tinggi.
Cisco turut melaporkan gangguan itu memberi kesan kepada puluhan pelayan di seluruh dunia.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.