Tumpuan :
Dunia

Wuhan usaha hapus ‘label’ pencetus pandemik, selepas 5 tahun COVID-19

FOTO: Reuters

WUHAN: Hospital Huoshenshan di Wuhan yang siap dibina hanya dalam tempoh beberapa hari selepas lonjakan kes COVID-19 pernah dianggap sebagai simbol perjuangan menentang virus yang mula merebak di kota China itu.

Bagaimanapun hospital itu terbiar kosong, terselindung di sebalik tembok yang baru dibina, semakin ‘pudar’ seperti kebanyakan kesan pandemik apabila penduduk tempatan sudah melupakannya dan pihak berkuasa menghalang perbincangan lanjut mengenainya.

Pada 23 Januari 2020, dengan virus yang ketika itu belum dikenal pasti merebak, Wuhan melaksanakan perintah berkurung ketat selama 76 hari, membuka era jangkitan sifar-COVID-19, susulan China memperkenalkan kawalan ketat terhadap perjalanan dan kesihatan, serta meramalkan gangguan global akan datang.

Kini, ia kembali menjadi daerah sibuk serta kesesakan trafik jauh berbeza daripada jalan-jalan kosong dan bilik kecemasan yang sesak, menandakan pelaksanaan perintah berkurung COVID-19 pertama di dunia.

Sementara itu, bekas tapak Pasar Borong Makanan Laut Huanan, tempat di mana saintis percaya virus mungkin berpindah dari haiwan ke manusia, tembok biru muda dibina untuk menutup pandangan terhadap gerai-gerai pasar yang sudah ditutup.

Upacara rasmi memperingati penderitaan Wuhan semasa perintah berkurung memberi tumpuan kepada wira doktor dan kecekapan bagaimana bandar itu bertindak balas terhadap penularan jangkitan, walaupun mendapat kritikan antarabangsa terhadap penyekatan kerajaan tempatan terhadap kes-kes awal pada Disember 2019.

Gerai-gerai lama pasar itu dipindahkan ke pembangunan baru di luar pusat bandar, di mana jelas bandar itu masih berhati-hati mengenai reputasinya sebagai tempat asal pandemik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini