comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] WHO terputus hubungan dengan Hospital Al-Shifa

 

GAZA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO memberitahu, pihaknya telah terputus komunikasi dengan Hospital Al-Shifa.

Lebih membimbangkan, apabila hospital itu sebelum ini dilapor berdepan beberapan serangan bertali arus oleh rejim zionis.

WHO dalam pada itu, turut mengesyaki kenalan mereka di dalam hospital malang itu bersama puluhan ribu warga Palestin sudah berpindah keluar.

Sementara itu, tentera Israel mendakwa mereka berkerjasama dengan Hospital Al-Shifa untuk memindahkan pesakit, sebaik dua bayi pramatang dilaporkan meninggal dunia selepas terputus bekalan elektrik.

Tentera rejim dilapor menghubungi pihak berkuasa tempatan Gaza untuk memaklumkan ke mana rakyat Palestin boleh berpindah, selain turut menyelaras perpindahan secara selamat.

Pengarah Hospital Al-Shifa, Mohammed Abu Salmiya memberitahu Al Jazeera, selain dua bayi pramatang yang telah terkorban itu, sebilangan bayi yang baru lahir kini berada dalam keadaan yang tidak stabil ekoran kekurangan inkubator.

Abu Salmiya dalam pada itu menafikan tentera Israel ada menawarkan bantuan pemindahan bayi, walaupun ada cubaan untuk mengatur pemindahan ke fasiliti perubatan yang lain.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini