comscore
Tumpuan :
Dunia

White House nafi dakwaan Biden dirawat penyakit Parkinson

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

WASHINGTON: White House menafikan dakwaan Presiden Joe Biden dirawat atau mengambil ubat untuk penyakit Parkinson.

Isu berkenaan dibangkitkan susulan laporan mengaitkan kunjungan pakar neurologi ke White House.

Setiausaha Akhbar White House, Karine Jean-Pierre berkata Biden bertemu dengan pakar neurologi sebanyak tiga kali berhubung pemeriksaan kesihatan tahunannya.

Jean-Pierre bagaimanapun enggan mengesahkan secara terperinci kunjungan Dr Kevin Cannard atas alasan melindungi privasi dan faktor keselamatan.

Selain menegaskan bahawa sekiranya tiada rekod dalam laporan perubatan, ia bermakna bukan sesuatu yang dihadapi oleh Presiden Amerika Syarikat itu.

Status kesihatan Biden menjadi tanda tanya selepas prestasi buruk beliau dalam sesi debat dengan calon Republikan, Donald Trump baru-baru ini. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini