Tumpuan :
Dunia

Rakyat Malaysia antara 61 mangsa sindiket penipuan di Myanmar diselamatkan

THAILAND: Seramai 61 mangsa yang diselamatkan daripada operasi penipuan telekomunikasi di Myawaddy, Myanmar, telah diserahkan kepada pihak berkuasa Thailand pada hari Khamis.

Antara mereka yang diselamatkan termasuk 39 warga China, 13 warga India, seorang warga Kazakhstan, lima warga Indonesia, seorang warga Ethiopia, seorang warga Pakistan dan seorang warga Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai bersama Pasukan Tentera Thailand (REUTERS)

Pasukan Pengawal Sempadan Myanmar menyerahkan mangsa-mangsa tersebut kepada pihak berkuasa Thailand di Jambatan Thai-Myanmar ke-2 di daerah Mae Sot, wilayah Tak, menurut laporan Bangkok Post.

Mangsa-mangsa yang diselamatkan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai, yang sedang melakukan lawatan pemeriksaan di kawasan sempadan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini