GAZA: Penduduk di di wilayah diduduki Israel berdepan detik-detik cemas ketika pejuang Hamas melancarkan serangan mengejut terbesar dalam tempoh beberapa tahun ke atas Israel.
Bunyi siren amaran bergema di selatan dan tengah wilayah yang diduduki warga Israel.
Sejurus selepas siren amaran dibunyikan, kebanyakan warga Israel mula mencari tempat yang selamat untuk berlindung dari serangan pejuang Hamas.
Rakaman dron turut menunjukkan, asap hitam tebal berkepul-kepul naik ke udara di beberapa lokasi susulan serangan mengejut dilancarkan pejuang Hamas.
Penduduk Israel yang panik dengan serangan itu bergegas keluar dari kediaman mereka dan mengikut arahan yang dikeluarkan pasukan keselamatan bertugas.
Sebelum itu, Komander tentera Hamas, Mohammad Deif telah mengumumkan permulaan operasi dalam siaran di media Hamas, dan menyeru kepada rakyat Palestin yang berada di mana-mana sahaja untuk sama-sama berjuang. – REUTERS