Tumpuan :
Dunia

Warga emas maut, 40 cedera termasuk kanak-kanak dalam serangan di Kharkiv

FOTO: Reuters

KHARKIV: Seorang warga emas maut manakala 40 lagi cedera termasuk tiga kanak-kanak dalam serangan tentera Rusia ke atas sebuah pangsapuri di Kharkiv, timur laut Ukraine pada hari Ahad (15 September).

“Operasi menyelamat di Kharkiv diteruskan. Serangan udara Rusia. Sebuah bangunan kediaman, sebuah bangunan bertingkat, telah mengalami kerosakan. Terdapat kebakaran dan runtuhan di antara tingkat 9 dan 12,” kata Presiden Volodymyr Zelenskiy melalui aplikasi Telegram.

Kharkiv, bandar kedua terbesar di Ukraine, terletak berhampiran sempadan Rusia dan sentiasa diserang dengan bom, peluru berpandu dan dron Rusia.

FOTO: Reuters

“Dan dunia perlu membantu mempertahan Ukraine daripada pesawat tentera Rusia, daripada puluhan bom yang meragut nyawa rakyat Ukraine setiap hari. Keganasan ini boleh dihentikan,” kata Zelenskiy.

Kyiv telah menyatakan keperluan untuk dibenarkan menggunakan senjata barat yang lebih berkuasa bagi menyebabkan kerosakan yang lebih besar di dalam Rusia dan merosakkan keupayaan Moscow untuk melakukan serangan.

Rusia menafikan sengaja menyasarkan orang awam sejak menyerang Ukraine pada tahun 2022. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini