comscore
Tumpuan :
Dunia

Warga China didenda RM21,000 guna MC palsu

Foto hiasan

SINGAPURA: Gara-gara memalsukan sijil cuti sakit (MC) bagi mendapat cuti kemasukan hospital daripada majikannya, seorang wanita didenda AS$5,000 (kira-kira RM21,041) oleh mahkamah di sini, baru-baru ini.

Dia berbuat demikian kerana mahu berehat dari kerja, kerana tidak sihat dan bimbang mengenai kesihatan ibunya.

CNA melaporkan, bagaimanapun, dia tidak mahu syarikatnya mempunyai berprasangka buruk dan menganggap cuti kemasukan ke hospital adalah alasan yang baik untuk tidak hadir bekerja.

Dia dibayar AS$3,541.15 (RM14,933) untuk tempoh cuti kemasukannya ke hospital, meliputi sembilan hari bekerja.

Su Qin, 37, juga memalsukan sijil kematian ibunya dan menyerahkannya kepada satu syarikat lain kemudiannya, kerana mahu melanjutkan tempoh tinggalnya di China untuk menjaga ibunya yang sakit.

Warga China itu mengaku bersalah atas satu pertuduhan pemalsuan.

Mahkamah mendengar bahawa Su diambil bekerja oleh ETC Singapore SEC sebagai pembangun perisian.

Pada akhir Mac hingga awal April tahun ini, dia ingin berehat dari kerja dan menggunakan Adobe Photoshop untuk membuat MC palsu itu.

Dia menggunakan MC sah sebelumnya dan mengubah nama hospital dan tarikh cuti sakit, serta mengaburkan kod QR pada dokumen itu.

Perbuatannya itu dikesan apabila dia meletak jawatan pada 4 April lalu.

Sebagai sebahagian daripada prosedur syarikat untuk peletakan jawatan kakitangan, ketua sumber manusia (HR) menyemak cuti dan faedah Su.

Ketua terbabit kemudian mengesan MC itu adalah palsu dan melaporkan kejadian kepada polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini