TOKYO: Wanita tertua di dunia, Tomiko Itooka, meninggal dunia pada usia 116 tahun.
Pengumuman itu dibuat Datuk Bandar Selatan Ashiya, Jepun dalam satu kenyataan.
Itooka, yang memiliki empat anak dan lima cucu, meninggal dunia pada 29 Disember tahun lalu di sebuah pusat jagaan warga emas yang didiaminya sejak 2019.
Dilahirkan pada 23 Mei 1908, di Osaka, Jepun, Itooka diiktiraf sebagai wanita tertua di dunia oleh Guinness World Records selepas kematian Maria Branyas Morera berusia 117 tahun dari Sepanyol pada Ogos tahun lalu.
“Itooka memberikan kami keberanian dan harapan dengan jangka hayatnya yang panjang.
“Kami berterima kasih kepadanya untuk itu,” kata Datuk Bandar Ashiya, Ryosuke Takashima, 27 tahun dalam kenyataan itu.
Itooka, yang mempunyai tiga beradik pernah melalui zaman perang dunia serta kemunculan pelbagai wabak penyakit.
Dia gemar bermain bola tampar pada zaman persekolahannya.
Ketika ditanya apakah rahsia usianya yang panjang, Itooka berkongsi dia gemar makan pisang serta mengambil sejenis minuman ringan bersusu yang popular di Jepun.
Sehingga September tahun lalu, Jepun memiliki 95,000 individu yang berusia 100 tahun atau ke atas dan 88% daripadanya adalah wanita.
Daripada 124 juta populasi negara matahari terbit itu, hampir satu pertiga berusia 65 tahun atau ke atas.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.