comscore
Tumpuan :
Dunia

‘Visi Putin’, BRICS bakal cabar hegemoni Barat

FOTO: Reuters

KAZAN: Puluhan pemimpin dunia mula berhimpun Rusia hari ini, bagi menghadiri pembukaan sidang kemuncak kumpulan BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan), satu pakatan ekonomi baharu yang disasarkan Kremlin dapat mencabar hegemoni Barat.

Rusia kini menjadikan pengembangan kumpulan BRICS sebagai tonggak dalam dasar luar negaranya.

Sidang kemuncak ini adalah pertemuan terbesar diadakan di Rusia, sejak negara itu berperang dengan Ukraine, menyaksikan Moscow dikenakan sekatan ekonomi antarabangsa.

Antara pemimpin dijadual menghadiri sidang kemuncak di Kazan bermula hari ini sehingga Khamis adalah Presiden China, Xi Jinping; Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, dengan kesemuanya rakan penting bagi Rusia.

Isu utama yang akan dibincangkan termasuk idea Presiden Rusia, Vladimir Putin bagi mewujudkan sistem pembayaran diketuai BRICS untuk bersaing dengan SWIFT, sebuah rangkaian antarabangsa yang menyekat bank-bank Russia sejak 2022.

Agenda lain bakal disentuh mencakupi konflik yang kian meningkat di Asia Barat.

Kremlin mempromosikan sidang kemuncak kali ini sebagai kejayaan diplomatik yang bakal membantunya membina pakatan untuk mencabar hegemoni Barat.

Dalam pada itu, Amerika Syarikat (AS) pula menolak idea kewujudan BRICS boleh menjadi saingan geopolitiknya, namun akui bimbang dengan langkah Moscow cuma mahu menunjukkan kekuatan diplomatiknya ketika konflik Ukraine terus berlarutan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini