PETALING JAYA: Rakyat Malaysia di Gaza, Palestin, Nurul Ain Haron memaklumkan talian komunikasi terputus menyukarkan beliau dan penduduk menghubungi sesiapa selain tidak dapat memuatnaik perkembangan terkini di Gaza.
Wanita berusia 37 tahun itu berkongsi perkembangan terkininya dengan memuatnaik video di TikTok setelah dua hari sunyi tanpa sebarang berita.
“Hari ke-21 masih tidak ada bekalan elektrik masih tidak ada air. Lailahaillallah lailahaillallah, ” katanya dalam video yang dimuatbaik di TikTok miliknya.
Nurul Ain turut menunjukkan sebuah rumah yang hancur terkena bedilan bom Israel awal pagi semalam.
@adan2021 Alhamdulillah bantuan selimut dan makanan buat 38 keluarga yg berlindung di kedai shawarma & falafel.terima kasih kepada anda yg sudi berkongsi rezeki bersama mereka. Alhamdulillah…#fyp #malaysia #palestine #savegaza ♬ original sound – Nurul Ain
Sumber Video: Akaun TikTok/ Nurul Ain
“Serangan masih berterusan sekarang. Mungkin dekat sempadan, Wallahua’lam. Tidak ada komunikasi, tidak ada talian telefon, tidak ada internet. Boleh dengar (serangan bom). Ya Allah ya Allah,” katanya.
Selain itu Nurul Ain turut berkongsi kegembiraan 38 keluarga yang berlindung di kedai shawarma dan falafel menerima bantuan selimut dan bekalan makanan hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui beliau.
“Terima kasih kepada anda yang sudi berkongsi rezeki bersama mereka. Alhamdulillah,” katanya.
Sebelum ini media tempatan melaporkan gagal menghubungi Nurul Ain sejak Jumaat lalu dan beliau sebelum ini ada memaklumkan telefonnya mengalami kerosakan dan sukar untuk menghubungi sesiapa.