comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Remaja ‘amuk’ lepaskan tembakan di Siam Paragon, 3 maut

Foto: Reuters

BANGKOK: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun nekad melepaskan tembakan rambang ke arah pengunjung pusat membeli-belah terkemuka, Siam Paragon di sini, petang ini.

Kejadian turut tular di media sosial apabila ada pengguna berkongsi rakaman orang ramai bertempiaran lari untuk keluar dari pusat beli-belah berkenaan.

Menurut laporan Bangkok Post, tiga disahkan maut, manakala empat  yang lain cedera.

Foto: Reuters

Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek jam 5.10 petang waktu tempatan.

Susulan itu, semua laluan keluar masuk pusat beli-belah ini ditutup.

Difahamkan suspek hanya bersenjatakan pistol. – REUTERS

Loading...
Terkini